Monday, 7 April 2014

RUMUSAN MISTERI KEHILANGAN MH370?


Salam kepada semua pembaca BD,

Maaf agak lama admin tidak update blog BD. Untuk post pertama 2014, seluruh rakyat malaysia khususnya serta dunia amnya dikejutkan dengan berita misteri kehilangan MH370. Terdapat beberapa kenyataan bercanggah antara Perdana Menteri, Pemangku Menteri, orang besar DCA serta orang besar MAS.

DIMANA HILANGNYA MH370?

PERDANA MENTERI MALAYSIA



Perdana menteri Malaysia sehingga ke hari ini masih tidak mahu ditemubual oleh wartawan, kenapa?adakah takut terlepas percakapan/info yang disorokkan?atau beliau telah didiamkan oleh sesuatu kuasa ajaib? adakah jawapan PM malaysia yang mengatakan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi maka semua pihak boleh berpuas hati? tidak sama sekali. Selagi tidak terjumpanya bangkai pesawat atau kotak hitam pesawat, selagi itulah kes ini tidak selesai.


PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN



Bagaimana pula Dato Hishammuddin Tun Hussein boleh mengatakan bahawa PM tidak pernah mengatakan pesawat terhempas, jadi persoalannya kenapa mesti menggunakan kekuatan sepenuhnya untuk mencari?bukankah itu semua kerja sia-sia?

PENGARAH DCA



Orang paling tertekan dalam hal kehilangan MH370 ini adalah Ketua pengarah DCA, beliau seperti telah di'zip'kan mulutnya untuk berkata apa-apa. Setiap kali sidang media berlangsung, maka beliau akan menangguhkannya sehingga diberitahu. Kenapa?

CEO MAS


Ahmad Jauhari Yahya adalah CEO MAS paling malang sekali kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam segala masalah yang berlaku dalam MAS, kerugian MAS RM1.7billion masih belum selesai, datang pula masalah terbaru iaitu kehilangan MH370. Jawapan pertamanya juga telah membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah diMalaysia sekarang ini musim manggis?


Kemudian beliau menukar pula statement :


BATERI LITHIUM? mana satu yang betul? bagaimana CEO yang mempunyai kuasa tidak mendapat senarai lengkap dari kargo?mustahil....

Ini antara sebahagian sahaja kekusutan yang berlaku. Banyak lagi percanggahan kenyataan yang dibuat oleh semua pihak yang berkuasa yang memungkinkan pelbagai spekulasi berlaku.


Jadi disini pihak BD boleh merumuskan bahawa sebenarnya terdapat 'sesuatu' yang telah berlaku terhadap pesawat MH370. Mungkin Hilang (alam ghaib), mungkin terhempas (crash) atau mungkin disorokkan

Sebagai pemimpin yang berintegriti tinggi, kami berbangga dengan komitmen anda dalam meyakinkan dunia bagi membantu mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Kami sebagai rakyat MALAYSIA yang cintakan kedamaian serta keamanan hanya mampu berdoa dari kejauhan

#PRAYFORMH370
#hanyapendapatbukanmemandai

Thursday, 11 July 2013

INGATKAH KITA PADA ETNIK ROHINGYA?

Salam Ramadhan.....

Kita sering mengikuti perkembangan pergolakan serta penindasan saudara seislam kita di Palestin, Syria&Mesir. Adakah kita ingat akan suku kaum ROHINGYA di Myanmar? mereka juga saudara seislam seperti kita. Menurut WIKIPEDIA:

Sejarah[sunting]

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.[2]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orangPashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]

Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan[sunting]

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.[3]
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar IndonesiaHassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[4]

Pelarian[sunting]

Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,PakistanArab SaudiUAEThailandMalaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.[5]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[6] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.[7]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

Penafian hak warganegara[sunting]

Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.
Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.[8]

Untuk memberi lebih pendedahan tentang isu ini Negara2 Islam telah membuka mata dan menyeru Pemimpin PBB Ban Ki-Moon untuk menghentikan sebarang bentuk kezaliman terhadap bangsa Rohingya.

Adakah PBB betul-betul mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan keamanan dunia? atau tidak terlepas dari cengkaman tangan-tangan yang ingin melihat kerosakan yang berlaku di Bumi Myanmar.

Mari lah sama-sama berdoa dibulan yang mulia ini memohon kepada Allah S.W.T supaya saudara seagama kita yang ditindas oleh pemerintah tidak kira dimana negara sekalipun mendapat perlindungan dariNya.





*gambar kekejaman tidak dipaparkan, takut mengundang sensitiviti sesetengah pembaca

5 ORANG TERBUNUH MANAKALA 70 TAHANAN DIJANGKA TERLEPAS




Lima orang terbunuh dan lebih daripada 70 tahanan di jangka terlepas selepas berlakunya satu rusuhan di penjara di wilayah Sumatera Utara Indonesia.

Banduan telah membakar bilik pentadbiran di penjara Tanjung gusta di Medan lewat pada hari Khamis berikutan blackout serta ketiadaan air yang mencukupi.

"Rusuhan itu dicetuskan oleh kekurangan bekalan elektrik dan air," - Timbalan Menteri Kehakiman Denny Indrayana

Lebih dari 38 orang banduan daripada 100 banduan yang melarikan diri telah berjaya di tawan semula, menurut Ketua Polis Nico Afinta kepada saluran berita TVONE.

"Lima orang, termasuk dua pengawal penjara, telah ditemui mati dengan kesan terbakar yang teruk" - Afinta

Lebih daripada sedozen pelarian adalah banduan ganas, kata media tempatan.

Indrayana berkata penjara itu hanya mampu menempatkan seramai 1054 banduan tetapi 2600 orang telah dipindahkan ke sana pada masa rusuhan.

Wednesday, 3 July 2013

WANITA DISELAMATKAN DARI LUBANG AKIBAT TANAH MENDAP


Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pihak bomba berikutan kereta yang dipandunya terjerumus kedalam lubang 10 kaki. Wanita terbabit tidak mengalami kecederaan serius tetapi kelihatan amat terkejut. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini berlaku di US.




DAKWAT KEKAL DIGUNAKAN SEMULA DI PRK BESUT?

dakwat kekal yang tidak kekal
SPR sekali lagi cuba bermain dengan api apabila mengumumkan penggunaan dakwat kekal yang diklasifikasikan sebagai pewarna makanan. Menurut Pengerusi SPR, badan itu mahu menambahbaikan kandungan didalam dakwat terbabit. Bagi admin Setelah 7juta dihabiskan untuk pembelian yang sia-sia, berapa juta lagikah akan digunakan melalui wang rakyat? adakah ia hanya cakap-cakap kosong supaya segala kelemahan SPR dapat ditutup umpama menutup bangkai gajah? sudah-sudah la menipu rakyat marhaein. Sila baca berita lanjut yang dipetik melalui awani

ALOR SETAR: Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini Rabu malam bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU-13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj.

PRESIDEN MESIR BERJAYA DIGULINGKAN MELALUI RAMPASAN KUASA


Sungguh menyedihkan apabila pemimpin yang memperjuangkan islam telah di gulingkan melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera. Adakah ini satu agenda pihak-pihak tertentu untuk memporak perandakan mesir sekali lagi? pada pendapat admin ini adalah kerana Presiden Mesir iaitu Dr Morsi terlalu lantang dalam penentangan terhadap yahudi zionis laknatullah. Mesir dilihat sebagai satu ancaman baru kepada Israel kerana kelantangan Presidennya dalam mempertahankan Palestin serta Syria. 

Rakyat Mesir begitu gembira apabila Presiden Morsi digulingkan dan keadaan ini adalah sama ketika presiden Saddam Hussein digulingkan di Iraq. Lihat sekarang apa yang telah berlaku di negara terbabit? ibarat marahkan nyamuk habis satu kampung dibakar. 

Kini tampuk pemerintah dipegang oleh Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013).

Diharap semoga pergolakan yang berlaku dapat ditamatkan serta merta supaya Mesir kembali aman seperti sediakala. Untuk Dr Morsi 

Ikuti ucapan Presiden Morsi sejurus digulingkan


Ucapan Dr Morsi : 


Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,



Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh,Kita bukan islam biasa-biasa.



Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,Segala macam korupsi yang ada,Apakah dianjurkan islam?Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,Apakah itu yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki,Untuk semua rakyat di negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita,



Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,Aku mengetahui batasan aku,Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,Namun,ku mengharapkan,kamu membantu aku,Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,



Jika tidak ada sokongan kamu,Aku tidak akan berada di sini,Ku hanya memohonkan sabarmu,Ku hanya memohonkan komitmenmu,Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam,Sikapmu yang tidak sabar,



Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,untuk memimpin negara ini,Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la quwwata illa billah!


sumber : guablog.com


PIZZA GUY OH PIZZA GUY



Kepada penggemar makanan segera seperti pizza pernahkah anda membeli pizza secara penghantaran segera?adakah makanan segera anda dihantar secepat yang boleh? pernahkan anda lihat pizza anda cukup sifatnya?(LOL)...lagi satu mungkin kita semua tidak terfikir kejadian seperti diatas tidak berlaku di MALAYSIA? kita berprasangka baik kerana di sini masih lagi pekerjanya amanah serta jujur dalam penghantaran. 

Kejadian ini berlaku diluar negara bilamana seorang lelaki penghantar pizza telah memakan 'topping' pizza yang perlu dihantar. Kejadian ini telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup dan telah menjadi viral di intenet.

Jadi kepada warga penghantar makanan segera janganlah anda cuba-cuba melakukan kejadian seperti diatas. Kalau kantoi tak pasal-pasal jadi terkenal akibat kebodohan sendiri..