Thursday, 11 July 2013

INGATKAH KITA PADA ETNIK ROHINGYA?

Salam Ramadhan.....

Kita sering mengikuti perkembangan pergolakan serta penindasan saudara seislam kita di Palestin, Syria&Mesir. Adakah kita ingat akan suku kaum ROHINGYA di Myanmar? mereka juga saudara seislam seperti kita. Menurut WIKIPEDIA:

Sejarah[sunting]

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.[2]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orangPashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]

Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan[sunting]

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.[3]
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar IndonesiaHassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[4]

Pelarian[sunting]

Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,PakistanArab SaudiUAEThailandMalaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.[5]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[6] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.[7]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

Penafian hak warganegara[sunting]

Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.
Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.[8]

Untuk memberi lebih pendedahan tentang isu ini Negara2 Islam telah membuka mata dan menyeru Pemimpin PBB Ban Ki-Moon untuk menghentikan sebarang bentuk kezaliman terhadap bangsa Rohingya.

Adakah PBB betul-betul mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan keamanan dunia? atau tidak terlepas dari cengkaman tangan-tangan yang ingin melihat kerosakan yang berlaku di Bumi Myanmar.

Mari lah sama-sama berdoa dibulan yang mulia ini memohon kepada Allah S.W.T supaya saudara seagama kita yang ditindas oleh pemerintah tidak kira dimana negara sekalipun mendapat perlindungan dariNya.





*gambar kekejaman tidak dipaparkan, takut mengundang sensitiviti sesetengah pembaca

5 ORANG TERBUNUH MANAKALA 70 TAHANAN DIJANGKA TERLEPAS




Lima orang terbunuh dan lebih daripada 70 tahanan di jangka terlepas selepas berlakunya satu rusuhan di penjara di wilayah Sumatera Utara Indonesia.

Banduan telah membakar bilik pentadbiran di penjara Tanjung gusta di Medan lewat pada hari Khamis berikutan blackout serta ketiadaan air yang mencukupi.

"Rusuhan itu dicetuskan oleh kekurangan bekalan elektrik dan air," - Timbalan Menteri Kehakiman Denny Indrayana

Lebih dari 38 orang banduan daripada 100 banduan yang melarikan diri telah berjaya di tawan semula, menurut Ketua Polis Nico Afinta kepada saluran berita TVONE.

"Lima orang, termasuk dua pengawal penjara, telah ditemui mati dengan kesan terbakar yang teruk" - Afinta

Lebih daripada sedozen pelarian adalah banduan ganas, kata media tempatan.

Indrayana berkata penjara itu hanya mampu menempatkan seramai 1054 banduan tetapi 2600 orang telah dipindahkan ke sana pada masa rusuhan.

Wednesday, 3 July 2013

WANITA DISELAMATKAN DARI LUBANG AKIBAT TANAH MENDAP


Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pihak bomba berikutan kereta yang dipandunya terjerumus kedalam lubang 10 kaki. Wanita terbabit tidak mengalami kecederaan serius tetapi kelihatan amat terkejut. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini berlaku di US.




DAKWAT KEKAL DIGUNAKAN SEMULA DI PRK BESUT?

dakwat kekal yang tidak kekal
SPR sekali lagi cuba bermain dengan api apabila mengumumkan penggunaan dakwat kekal yang diklasifikasikan sebagai pewarna makanan. Menurut Pengerusi SPR, badan itu mahu menambahbaikan kandungan didalam dakwat terbabit. Bagi admin Setelah 7juta dihabiskan untuk pembelian yang sia-sia, berapa juta lagikah akan digunakan melalui wang rakyat? adakah ia hanya cakap-cakap kosong supaya segala kelemahan SPR dapat ditutup umpama menutup bangkai gajah? sudah-sudah la menipu rakyat marhaein. Sila baca berita lanjut yang dipetik melalui awani

ALOR SETAR: Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini Rabu malam bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU-13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj.

PRESIDEN MESIR BERJAYA DIGULINGKAN MELALUI RAMPASAN KUASA


Sungguh menyedihkan apabila pemimpin yang memperjuangkan islam telah di gulingkan melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera. Adakah ini satu agenda pihak-pihak tertentu untuk memporak perandakan mesir sekali lagi? pada pendapat admin ini adalah kerana Presiden Mesir iaitu Dr Morsi terlalu lantang dalam penentangan terhadap yahudi zionis laknatullah. Mesir dilihat sebagai satu ancaman baru kepada Israel kerana kelantangan Presidennya dalam mempertahankan Palestin serta Syria. 

Rakyat Mesir begitu gembira apabila Presiden Morsi digulingkan dan keadaan ini adalah sama ketika presiden Saddam Hussein digulingkan di Iraq. Lihat sekarang apa yang telah berlaku di negara terbabit? ibarat marahkan nyamuk habis satu kampung dibakar. 

Kini tampuk pemerintah dipegang oleh Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013).

Diharap semoga pergolakan yang berlaku dapat ditamatkan serta merta supaya Mesir kembali aman seperti sediakala. Untuk Dr Morsi 

Ikuti ucapan Presiden Morsi sejurus digulingkan


Ucapan Dr Morsi : 


Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,



Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh,Kita bukan islam biasa-biasa.



Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,Segala macam korupsi yang ada,Apakah dianjurkan islam?Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,Apakah itu yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki,Untuk semua rakyat di negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita,



Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,Aku mengetahui batasan aku,Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,Namun,ku mengharapkan,kamu membantu aku,Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,



Jika tidak ada sokongan kamu,Aku tidak akan berada di sini,Ku hanya memohonkan sabarmu,Ku hanya memohonkan komitmenmu,Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam,Sikapmu yang tidak sabar,



Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,untuk memimpin negara ini,Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la quwwata illa billah!


sumber : guablog.com


PIZZA GUY OH PIZZA GUY



Kepada penggemar makanan segera seperti pizza pernahkah anda membeli pizza secara penghantaran segera?adakah makanan segera anda dihantar secepat yang boleh? pernahkan anda lihat pizza anda cukup sifatnya?(LOL)...lagi satu mungkin kita semua tidak terfikir kejadian seperti diatas tidak berlaku di MALAYSIA? kita berprasangka baik kerana di sini masih lagi pekerjanya amanah serta jujur dalam penghantaran. 

Kejadian ini berlaku diluar negara bilamana seorang lelaki penghantar pizza telah memakan 'topping' pizza yang perlu dihantar. Kejadian ini telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup dan telah menjadi viral di intenet.

Jadi kepada warga penghantar makanan segera janganlah anda cuba-cuba melakukan kejadian seperti diatas. Kalau kantoi tak pasal-pasal jadi terkenal akibat kebodohan sendiri..


47 TERBUNUH 90 CEDERA DI PAKISTAN AKIBAT LETUPAN BOM



Macam-macam hal yang berlaku di dunia sekarang...menurut berita yang dikeluarkan oleh CNN sekurang2nya 47 orang telah terkorban serta 90 yang lainnya cedera. Serangan terbaru ini dikatakan cubaan bagi menakut-nakutkan  pihak kerajaan yang baru dibentuk dengan perdana menterinya adalah Nawaz Sharif.
Dual 

dua letupan pada Ahad lepas telah melanda bandar Hazara, sebuah daerah Islam Syiah di pinggir bandar barat daya Quetta. Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan 50 yang lain, kata polis.

Kumpulan hak asasi manusia telah mengkritik kegagalan pihak berkuasa untuk mengetatkan kawalan ke atas Lashkar-e-Jhangvi, sebuah pertubuhan Sunni yang telah mengaku menjalankan banyak keganasan terhadap Syiah.

Lashkar-e-Jhangvi mendakwa bertanggungjawab bagi pengeboman Ahad ini di Bandar Hazara, akhbar bahasa Urdu Express dilaporkan. Sekurang-kurangnya 40 kilogram bahan letupan dimasukkan ke dalam sebuah kereta dan diletopkan apabila konvoi melalui kawasan Bedhber, membunuh 17 orang dan mencederakan 42 yang lain, menurut polis dan pegawai-pegawai hospital.

HARGA MINYAK MALAYSIA BAKAL NAIK?

Image
Adakah harga minyak MALAYSIA akan melonjak naik berikutan kesan dari pergolakan yang berlaku di MESIR? menurut laporan yang diterima dari bangkok, harga minyak dunia telah menghampiri $ 102 setong pada hari Rabu untuk kali pertama sejak Mei tahun lepas kerana krisis politik Mesir telah meningkatkan risiko gangguan kepada bekalan Timur Tengah.

Penanda aras bagi penghantaran Ogos naik $ 2,20 kepada $ 101,80 setong pada awal pagi dalam perdagangan elektronik di New York Mercantile Exchange. Kontrak itu mendapat $ 1,61, atau 1.6 peratus, untuk ditutup pada $ 99,60 pada Selasa di New York.

Presiden Mesir Mohammed Morsi berikrar untuk tidak meletakkan jawatan sebelum tarikh akhir untuk tunduk kepada tuntutan-tuntutan berjuta-juta penunjuk perasaan atau melihat tentera menggantung perlembagaan, membubarkan Parlimen dan memasang kepimpinan baru.

Pemimpin Islam menuntut bahawa angkatan tentera yang kuat menarik balik kata mereka, sambil berkata beliau menolak semua “telunjuk” – dari rumah atau di luar negara.

Peniaga juga menunggu laporan mingguan Jabatan Tenaga pada stok simpanan minyak mentah AS  pada hari Rabu dan menjangka angka ini menunjukkan peningkatan dalam permintaan. Data untuk minggu berakhir 28 Jun dijangka menunjukkan pengeluaran 3 juta tong dalam stok minyak mentah, menurut kajian penganalisis oleh Platts, bahagian maklumat tenaga McGraw-Hill Cos
Dalam tenaga lain perdagangan niaga hadapan di Nymex:
- Petrol borong meningkat 3.4 sen kepada $ 2,817 segelen.
- Minyak Pemanasan menokok 4.5 sen kepada $ 2,947 segelen.
- Gas asli turun 0.5 peratus pada $ 3,649 pada 1,000 kaki padu.
Jika benar spekulasi ini, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia menghadapi kenaikan harga minyak?mampukah kerajaan menangani krisis ini sebaik mungkin? kita juga khuatir jika keadaan ini berterusan, tekanan yang dihadapi oleh rakyat berikutan keadaan kesempitan dari segi kewangan ditambah pula dengan keadaan yang menambahkan lagi beban seluruh rakyat kelas rendah serta pertengahan.
BINCANGKAN….

22 KEMATIAN AKIBAT GEMPA KUAT DI INDONESIA

Semalam telah berlakunya satu kejadian gempa bumi berskala 6.1 di indonesia telah mengakibatkan seramai 22 kematian. Menurut sumber dari (AFP)
“Setakat ini 22 orang telah meninggal dunia, 210 orang cedera, dan beribu-ribu bangunan dan rumah-rumah yang rosak dalam gempa bumi itu (pada hari Selasa),” - National Pengurusan Bencana Agensi jurucakap Sutopo Purwo Nugroho
Mangsa telah tersebar di dua daerah yang paling teruk melanda Aceh Tengah dan Bener Meriah, kata agensi itu. Di tengah Aceh, enam kanak-kanak terbunuh dan 14 yang lain terperangkap apabila masjid runtuh kerana mereka mempunyai sesi membaca Al-Quran,  

Satu gempa bumi besar melanda di luar Aceh pada tahun 2004, mencetuskan tsunami yang membunuh 170,000 orang di wilayah di Sumatera dan puluhan ribu lagi di negara-negara di sekitar Lautan Hindi.

Indonesia duduk di atas “Ring of Fire” Pasifik di mana plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap.
ImageImageImageImageImageImage

SUPERHERO TERKINI?


ber’costume’ ala-ala captain america, orang ramai di buenos aires Argentina menggelarkannya Kapten Menganno (captain everyman)
Ini kerana beliau mengambil inisiatif sendiri untuk membanteras jenayah jalanan di kejiranannya
” saya tidak dapat tidur malam akibat dari satu kejadian jenayah telah berlaku. Kereta saya hampir dicuri dan hampir dibunuh.”
Tugas Kapten Menganno adalah mendidik masyarakat supaya lebih bersifat berperikemanusiaan.

PEJUANG SEJATI



Seorang ibu berusia 40an serta memliki 10 orang anak telah mengambil satu langkah drastik dalam hidupnya apabila berjuang bersama2 pejuang lelaki dalam perang saudara di SYRIA. Sungguh besar pengorbananmu…
semoga dirahmati olehNya….